Friday 30 October 2015

1.0 PENGENALAN
            Definisi keusahawanan adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang berusaha mengenal pasti sesuatu peluang perniagaan dan berusaha merebut peluang itu. Usahawan boleh ditakrifkan sebagai individu yang mengusahakan perniagaan sehingga mendapat keuntungan dan mempunyai amalan yang strategik untuk terus berjaya.
Selain itu mereka juga mampu mengenal pasti peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan menggunakan tenaga manusia, kewangan dan lain-lain bahan untuk membentuk perniagaan yang mendatangkan hasil. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan mahupun perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan sesuatu perniagaan atau telah membeli mana-mana perniagaan yang dimulakan oleh orang lain turut dikenali sebagai usahawan.           
Usahawan juga adalah seorang pengurus yang telah menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak kepunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu, seorang usahawan seharusnya bersedia dalam menanggung sebarang risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan sentiasa berusaha mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat.  Ia merupakan seseorang yang mahukan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.
            Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara itu adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dari manusia biasa yang bukan bergelar usahawan.  Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan itu sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil daripada seorang usahawan mampu memberikan kesejahteraan kepada masyarakat di seluruh dunia.  Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang telah mewujudkan, memulakan dan sentiasa berusaha dalam memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi.

1.1 KRITERIA YANG PERLU ADA PADA SEORANG USAHAWAN

  1. Rangkaian
            Rangkaian adalah alat perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang cekap untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kebaikan terhadap peluang perniagaan juga dalam menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan serta kerjasama dari lingkaran rangkaian.
Rangkaian juga merupakan hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sebagai sumber untuk strategi akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari sumber  di mana syarikat asalnya yang membawa kepada rangkaian, pengalaman yang ia dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Ini bermakna, selain dari analisa tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat dan memahami apa itu rangkaian, ini turut melibatkan penyenaraian semua sumber tambahan yang dibina melalui pergaulan. Ini boleh di analisa melalui pendapat konvensional berdasarkan kuasa yang kemungkinan ada pada syarikat.
Rangkaian yang baik amat penting untuk usahawan mendapat sama ada sumber nyata atau tidak nyata secara langsung atau tidak langsung. Antara sumber yang nyata adalah sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan kemudahan mencapai maklumat bagi mengeluarkan produk, harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala sumber tidak nyata adalah seperti sokongan moral, pimpinan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan di dalam menjalankan operasi perniagaan. Selain itu, Reputasi merujuk kepada kebolehan di mana usahawan mesti menunjukkan ciri kepimpinan atau cuba untuk mempengaruhi di dalam membuat keputusan terhadap rakan rangkaian lain, berdasarkan kepada pengalaman mereka. Seterusnya, jangkaan memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat.
Contoh usahawan yang mempunyai ciri tersebut ialah Syed Mokhtar Al-Bukhari yang merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Beliau merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia. Beliau mempunyai jaringan keusahawanan yang kuat, merupakan pemilik Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
    ii.        Berani mengambil risiko

            Sikap berani risiko juga penting dalam memulakan dan dalam menjalankan perniagaan. Kerana tanpa berani mencuba sesuatu yang baru atau sedia ada, kita tidak akan tahu sejauh manakah kemampuan kita dalam melaksanakan sesuatu. Malahan kita juga tidak mampu sejauh manakah eksperimen atau strategi kita atas sesuatu perniagaan itu akan berhasil dalam mengaut keuntungan. Antara usahawan Malaysia yang memiliki sifat berani mengambil risiko ini ialah Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi.
Wanita tabah ini sangat berani mengambil risiko terbuka dalam ingin merubah kehidupannya yang sangat memeritkan selepas menghadapi pelbagai masalah dalam keluarga dan dipandang serong oleh masyarakat hanya kerana beliau seorang janda. Bagi Rozita Ibrahim, tanpa keperitan dan kepedihan sebelum ini, beliau pasti tidak akan berjaya seperti sekarang. Langkah berani yang telah beliau lakukan ialah apabila beliau sanggup menggadaikan barang kemasnya untuk dijadikan sebagai modal. Akhirnya, dengan bermodalkan wang sebanyak RM400, beliau memulakan perniagaannya dalam menghasilkan formulasi herba sendiri. Demi membuktikan keberkesanan produknya berjaya, beliau juga sanggup menggemukkan dirinya tiga kali. Beliau sanggup melakukan semua ini kerana beliau pernah berkata kepada dirinya sendiri “sampai bila saya harus begini? Walaupun saya tidak berpelajaran tinggi, tapi mengapa Lim Toh Gong boleh berjaya? Kenapa saya tidak boleh berjaya seperti beliau?”. Berkat keberanian beliau, produk Sendayu Tinggi kini telah menjadi rebutan dan sangat terkenal dalam kalangan wanita di Asia, terutama yang ingin menjaga kesihatan dalaman dan luaran wanita.

  1. Taat
            Terdapat bayak faktor yang dapat mempengaruhi seseorang usahawan berjaya antaranya ialah taat .Taat adalah melaksanakan sesuatu perintah yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai kuasa dalam sesuatu organisasi .
Mempunyai pendapat yang menyatakan usahawan ialah seorang pencipta ekoran dari salah faham  terhadap konsep keusahawanan. Walaupun ramai pencipta adalah seorang usahawan, tetapi ramai usahawan berjaya tidak terdiri daripada kalangan pencipta. Kebanyakan usahawan yang Berjaya mempunyai pemikiran yang kreatif dalam membangunkan perniagaannya. Contohnya, Syarikat JAKEL diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor.
Syarikat Jakel ini telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan berasaskan tikar getah, permaidani dan langsir. Akhirnya menjadikan jenama Jakel sebagai antara peneraju utama industri tekstil di Malaysia. Menyedari potensi besar pembukaan tanah rancangan Felda yang baru di sekitar Pahang dan Segamat, Mohamed Jakel mengambil tindakan drastik dengan memindahkan syarikatnya ke Segamat pada tahun 1985. Sambutan telah mendapat reaksi baik untuk tiga produk utama itu akhirnya membantu mengembangkan perniagaan Jakel dan bertitik tolak dari situ, produk jualannya dipelbagaikan kepada kain pula.
Selepas pemergian pengasas Jakel, perniagaan itu diwarisi anaknya Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, dan adik beradik beliau yang lain. Sikap taat Mohamed Faroz dan adik beradiknya lain kepada bapanya telah mengusahakan syarikat ini bersama-sama. Mohamed Faroz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel terpaksa  meninggalkan hasratnya ketika kecil untuk menjadi seorang akauntan dan doktor. Beliau  telah memilih syarikat bapanya untuk menguruskan perniagaan Jakel. Namun, keupayaan telah berhasil untuk menyumbangkan untung kepada syarikat awak pembabitannya dalam dunia perniagaan Jakel. Berkat sokongan dan dorongan daripada bapanya ,Mohamed Faroz telah Berjaya menjadi ahli korporat yang berjaya.
                Kejayaan Mohamed Faroz dan Jakel juga banyak bergantung kepada nasihat arwah bapanya yang menerapkan disiplin tinggi di kalangan anak-anaknya. Bapanya  selalu menerapkan nilai-nilai amanah sama ada kepada diri sendiri mahupun dalam jual beli. Bapanya telah mengajar sebagai majikan, beliau perlu datang awal sebelum pekerja lain.      
            Selain itu ,bagi terus memenuhi cita rasa pelanggannya. Jakel melalui anak syarikatnya telah mencipta fenomena bagi revolusi tudung muslimah pada 2009 untuk menarik perhatian pelanggan. Sehingga ke hari ini, syarikat Jakel telah menjadi satu nama yang terkenal di seluruh Malaysia.

  1. Berorientasi
Apakah yang dimaksudkan dengan berorientasikan hasil kepada seseorang usahawan? Adakah keusahawanan berorientasikan kepada proses atau hasil? Sebenarnya, hal ini bergantung kepada sesiapa yang melakukannya dan sesiapa yang meminta. Secara amnya, maksud berorientasikan hasil ialah seseorang wira usahawan dalam bergerak selalu mengutamakan pelaksanaan tugas supaya tugasnya boleh jadi baik dan mendapatkan hasil yang lumayan. Selain mengutamakan hasil, seseorang wira usahawan juga sangat mengutamakan proses yang telah dilakukan untuk menyelesaikan tugas. Seseorang wira usahawan amat memperhatikan efektif dan keberkesanan sesuatu kerja kerana ini boleh menyebabkan hasil keluaran, tenaga buruh, dan masa yang digunakan. Kebiasaannya, seseorang wira usahawan selalu berpegang terhadap prinsip ekonomi dengan “berusaha dengan menggunakan modal yang sekecil-kecil untuk memperoleh hasil yang sebesar-besarnya (Meredith, et. all.1996).
Ciri berorientasikan tugas dan hasil bagi seseorang usahawan menyatakan kehendak dalam prestasi, berorientasikan kepada laba, memiliki ketekunan dan ketabahan semasa menjalankan urus niaga, memiliki tekad yang kuat walaupun menghadapi sebarang masalah, suka bekerja keras, bersifat energik dan memiliki inisiatif. Sebagai contohnya, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin merupakan seorang ikon usahawan kedai runcit yang dikenali sebagai pasaraya borong MYDIN. Pasaraya ini sangat terkenal di dalam Malaysia. Pasaraya ini menawarkan harga barangan yang lebih mudah berbanding dengan pasaraya lain. Walaupun permulaannya berada dalam keadaan yang susah, namun beliau tidak pernah berputus asa. Beliau selalu berazam dan gigih usaha mencari peluang membuka pasarannya untuk mendapatkan hasil yang baik. Beliau juga mengutamakan proses kerja supaya kerjanya menjadi efisien dan cepat.
Oleh itu, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Beliau telah berjaya dengan membuktikan  prinsip “berusaha dengan menggunakan modal yang sekecil-kecil untuk memperoleh hasil yang sebesar-besarnya Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.
  1. Kegagalan merupakan satu pilihan
            Maksud ciri kegagalan merupakan satu pilihan ialah dapat memotivasikan diri sendiri bahawa kegagalan itu bukanlah satu penghalang kepada diri untuk mencapai cita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Demikian itulah seorang usahawan perlu dan mesti melalui tempoh kegagalan dalam perniagaan mereka. Ini kerana, kegagalan itu mungkin dapat mendorong seorang usahawan ke arah kejayaan yang tinggi jika mempunyai pemikiran yang positif terhadap diri seorang usahawan. Kegagalan dapat memberikan pengajaran kepada seorang usahawan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dalam mengendalikan perniagaan.
            Datuk Jimmy Choo, merupakan seorang pereka kasut yang terkenal di Malaysia dan turut juga di luar negara antara mereka yang mempunyai ciri kegagalan adalah satu pilihan. Sebelum beliau menjadi seorang pereka kasut yang berjaya, banyak cabaran dan rintangan telah dilalui oleh beliau. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh beliau adalah selepas beliau tamat pengajiannya di London. Datuk Jimmy Choo cuba untuk membuka kedai kasut dengan menyewa bangunan hospital yang ditinggalkan oleh Malaysia tetapi dengan dukacitanya perniagaan beliau tidak mendapat sambutan jualan yang menggalakkan selama empat tahun. Namun, beliau tidak berputus asa dan terus bertahan.
            Selepas empat tahun berlalu, nasib Datuk Jimmy Choo berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan kasut yang dibuat oleh beliau dan Puteri Diana membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan beliau. Oleh sebab itu, nama Datuk Jimmy Choo melonjak naik dan jualannya melonjak ke langit. Kini, jenama Datuk Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan serata dunia.
            Kesimpulannya, kegagalan atau cabaran bukanlah satu penghalang kepada seorang usahawan untuk mencapai kejayaan. Janganlah mudah berputus asa dengan suatu kegagalan. Seorang usahawan perlulah ada sifat untuk terus maju ke hadapan dan sanggup bertahan dan berani mengambil risiko dengan segala rintangan dan cabaran yang dihadapi.
  1. Proaktif
Kriteria sebagai seorang usahawan yang berproaktif telah dibuktikan oleh Kiichiro Toyoda apabila beliau mengambil keputusan untuk membawa Toyoda Loom Works ke dalam pembuatan kereta akan mewujudkan apa yang akhirnya akan menjadi Toyota Motor Corporation, pengeluar kereta yang terbesar di dunia.
Ciri-ciri proaktif Kiichiro Toyoda adalah, membuat keputusan untuk mengeluarkan kereta jenis automobile di masa hadapan demi untuk Toyoda Loom Works yang pada masa itu perniagaannya adalah berisiko. Sebelum bapanya jatuh sakit, beliau menggalakkan anaknya Kiichiro untuk mencapai impian mereka dan terus membuat kereta. Kerana pada tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin G Toyoda automatik untuk menghasilkan tekstur. Kerajaan Jepun telah menggalakkan Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro telah melawat Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengkaji dan menyiasat cara-cara membuat kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama kepada Model A1 kereta penumpang pada tahun 1935. Toyota kini AS26.2 bilion.
  1. Wawasan
            Dalam menjadi usahawan yang berjaya, seseorang perlu memiliki pelbagai sifat positif untuk terus maju. Antaranya perlu memiliki wawasan ataupun visi. Setiap kejayaan dalam kehidupan seseorang manusia bermula dengan visi. Visi ialah keupayaan melihat sesuatu yang tidak dijangka oleh orang lain. Beliau sudah mempunyai gambaran di dalam minda mengenai apa yang bakal dihasilkan. Usahawan yang berwawasan akan dapat melihat dengan jelas apa hasilnya apabila memulakan langkah. Usahawan yang berwawasan juga akan melipatgandakan usaha mereka biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran terutama dari segi masalah dalaman. Mereka mempunyai misi tersendiri seperti ingin mengubah dunia melalui produk atau melalui perniagaan mereka, dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita mereka.
Sebagai contoh, Datuk Wira Dr. Maznah Hamid merupakan salah seorang usahawan terkenal di Malaysia. Dikenali sebagai “Iron Lady of Malaysia”, beliau merupakan usahawan yang berjaya dan juga seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi. Bermula dari bawah, bagi beliau tiada apa yang mustahil jika kita mempunyai visi. Seperti yang diceritakan beliau di laman Facebook miliknya, “Saya mempunyai tabiat menulis, melakar, melukis, menggambarkan dengan jelas apa jua yang ingin dicapai atau berlaku pada diri saya dalam jangka masa satu tahun atau dua, tiga tahun akan datang. Saya akan tulis di kad sebesar kad kredit yang boleh disimpan di dalam dompet. Berapa pendapatan yang perlu saya peroleh bagi membiayai apa yang telah saya rancang, lukis, lakar, di dinding bilik perpustakaan saya. Juga di dalam buku kerja saya. Tiap-tiap hari, saya akan melihat, membaca, menilai matlamat-matlamat tadi di dalam kad, di dinding, di dalam buku kerja dan pasang angan-angan. Impian seolah-olahnya ianya akan benar terjadi kepada diri saya. Seolah-olah tidak mustahil!” .
            Dengan hanya bermodalkan beberapa ribu sahaja, syarikat keselamatan miliknya iaitu Securiforce merupakan antara syarikat keselamatan terbesar di Malaysia setanding dengan syarikat keselamatan yang lain. Kini Securiforce mempunyai 30 buah cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai lebih 4000 orang pekerja. Usahawan yang berwawasan akan sentiasa bekerja dengan visi mereka dan akan memastikan setiap inci perancangan mereka menjadi realiti. Apabila sudah mempunyai visi yang jelas, setiap apa perkara yang dilakukan akan dilaksanakan dengan cara yang tidak mungkin dijangka oleh orang lain. Dan akhirnya, mendapat kepuasan apabila mendapat kejayaan yang luar biasa.
  1. Semangat berpasukan (team oriented)
            Semangat berpasukan adalah kakitangan dalam sesebuah syarikat yang bersatu padu bagi mencapai matlamat organisasi mereka. Semangat ini dapat dilakukan melalui sikap kerjasama dan komitmen yang menyeluruh daripada setiap ahli syarikat bagi menjalankan program-program yang telah dirancang oleh pihak atasan. 
Usahawan yang mempunyai ciri-ciri semangat berpasukan salah satunya adalah Dato’ Kamaruddin bin Meranun. Beliau merupakan pengasas bersama Tune Group dan juga Pengarah Eksekutif Timbalan Ketua Kumpulan Air Asia. Pada tahun 1988 hingga tahun 1993, Dato’ Kamaruddin telah bekerja di Arab Malaysian Merchant Bank. Tugas beliau adalah sebagai pengurus portfolio dan mengurus dana pelaburan. Kemudian, beliau telah menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Innosabah Capital Management Sdn. Bhd iaitu anak syarikat Innosabah Securities Sdn. Bhd pada tahun 1994. Setelah itu, Dato’ Kamaruddin telah membeli saham rakan usahasama Innosabah Capital Management, yang kemudiannya telah dinamakan semula iaitu Intrinsik Capital Management Sdn. Bhd.
            Dato’ Kamaruddin Meranun merupakan pengasas bersama Datuk Seri Anthony Fernandes bagi kumpulan Tune Group Sdn. Bhd. Di antaranya merupakan pemilik bagi syarikat penerbangan Air Asia, Tune Hotels, Air Asia X dan Formula One, Lotus Racing. Semangat berpasukan beliau bersama Datuk Seri Anthony Fernandes telah menjadi kunci kejayaan kepada Air Asia. Mereka mempunyai sifat dan sikap saling melengkapi antara satu sama lain untuk membentuk Air Asia. Maka disebabkan itu, Air Asia telah menjadi sebuah syarikat yang terkenal di peringkat global. Dato’ Kamaruddin juga amat mementingkan sifat kerjasama beliau dengan kakitangan Air Asia. Beliau dan kakitangannya yang sama-sama memahami prinsip penjenamaan tambang murah dan dihayati antara salah satu punca kejayaan beliau.

   ix.        Budaya terbuka (open culture)

            '' Budaya Terbuka '' adalah konsep yang mengikut mana pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya harus datang daripada membangun , menukar atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama. Sebagai contohnya, usahawan kartunis Walter Elias Disney dilahirkan pada 5 Disember, 1901 di Chicago, Illinois, Amerika. Beliau adalah seorang usahawan Amerika yang terkenal usahawan kartunis, animator, pelakon suara, dan penerbit filem. Dia dan abangnya Roy O. Disney, membina The Walt Disney Company ditubuhkan pada 16 Oktober 1923, yang dikenali sebagai Disney Brothers Cartoon Studio dan nama rasminya kekal sehingga kini adalah pada tahun 1986 adalah Walt Disney Productions . Walt Disney Production beroperasi sebagai sebuah syarikat hiburan di seluruh dunia. Walt Disney Production  beroperasi di lima segmen iaitu Media Networks, Taman dan Resorts, Studio Hiburan, Produk Pengguna, dan Interaktif. Antara hasil animasi yang berjaya oleh Walt Disney adalah Mickey Mouse. Beliau berkata watak Mickey Mouse adalah lebih kurang sama dengan watak Oswald seperti tetikus-watak dilihat dalam Alice Comedies, yang memaparkan "Ike Tetikus". Populariti Mickey berkembang dengan pesat pada awal 1930-an.
Antara ciri-ciri budaya terbuka yang sangat baik membuatkan The Walt Disney Company antara tempat untuk bekerja adalah,  budaya komuniti. Matlamat Walt Disney Company adalah untuk menyediakan pengalaman hiburan untuk semua generasi untuk berkongsi. Oleh sebab itulah beliau berjaya menghasilkan sebuah animasi Mickey Mouse kerana sikap komited Walt Disney dalam persekitaran kerja yang memuaskan, inklusif dan sokongan.

1.2 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepelbagaian sikap dalam sesuatu perniagaan sangat penting dalam membentuk siapa usahawan tersebut dan bagaimana beliau mengetengahkan cara beliau menguruskan sesuatu perniagaan tersebut. Usahawan ditakrifkan sebagai individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan berani mengambil risiko atas perniagaan yang diceburinya. Usahawan juga merupakan seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan luas dalam ekonomi, pasaran, isu semasa dan lain-lain. Peristiwa ini amat penting untuk usahawan merancang segala urus niaga , tindakan, penyelesaian dan keputusan dengan tanpa mengalami sebarang kerugian dalam perniagaannya. Kami semua dapat mengenal pasti sifat-sifat usahawan yang menjalankan perniagaan dengan jayanya . Berdasarkan ciri-ciri seperti rangkaian, mengambil risiko terbuka, berwawasan, kegagalan adalah satu pilihan, budaya terbuka, hasil berorientasikan, pasukan yang berorientasikan, dan proaktif  adalah ciri yang penting dalam usahawan. Tanpa kita sedari, ia juga boleh dijadikan teladan untuk kami semua .

2.0 PENGENALAN

            Rozita Ibrahim merupakan salah satu usahawan yang berjaya dengan sebagai pengasas produk Sendayu Tinggi. Produk Sendayu Tinggi ini dianggap kecantikan luaran sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin kepuasan mutlak tetapi sebaliknya kecantikan dalaman akan melahirkan kecantikan luaran yang lebih sempurna. Kosmetik Sendayu Tinggi dikaji secara terperinci untuk menghasilkan kosmetik yang benar-benar memenuhi cita rasa dan kesesuaian kulit perempuan di Malaysia.
            Sebelum bergelar sebagai usahawan yang berjaya, kehidupan Rozita Ibrahim bukan senang sepanjang melingkari perjalanan hidupnya. Latar belakang Rozita Ibrahim juga bukan dilahirkan dari keluarga yang berorientasikan keusahawanan. Beliau mengakui pernah menjadi seorang penoreh getah.  Beliau juga pernah melalui perceraian, kemiskinan, dan tekanan hidup yang amat sukar. Puan Rozita Ibrahim menamatkan zaman gadis muda dengan lelaki pilihan keluarga. Namun, keputusan berpisah dengan suami yang peramah telah menyebabkan beliau dipulaukan oleh keluarganya. Kehidupannya penuh dengan kedaifan dan serba kekurangan sehingga pada suatu ketika bayinya yang baru dilahirkan hanya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kehidupan yang payah dan penat jernihnya tidak berbayar dengan kesenangan telah pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.
            Selain itu, beliau mula membawa diri ke kota dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung kos kehidupan empat orang anaknya. Beliau bermula pekerjaannya sebagai pekerja kilang, kemudian bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Namun begitu, keadaan anak-anak yang semakin besar dan memerlukan kos perbelanjaan yang lebih tinggi telah menyebabkan beliau terus menceburi dalam bidang jualan. Kerjayanya bermula dari saat ini, beliau mencabar dirinya dengan membuat produk sendiri. Beliau terpaksa menggunakan barang kemas yang sedikit sebagai modal perniagaannya. Kemudian, beliau bermodalkan RM400 memulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Beliau juga sanggup menjalankan uji kaji dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak tiga kali dan berjaya menurunkan berat badannya untuk meyakinkan pelanggan. Kemudian beliau juga menjual produknya dari rumah ke rumah sebanyak tiga kali dan akhirnya memperoleh hasil yang agak memuaskan. Hasil yang diperoleh telah mendorong dan menggalakkan beliau menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedainya di Plaza Majlis Perbandaran Klang. Nama Sendayu Tinggi Enterprise ini adalah dianugerahi oleh usahawan yang dikagumi Rozita Ibrahim iaitu tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda. Kini, Sendayu Tinggi Corporation sudah mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporations (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body &Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.. Tambahan pula, jumlah pengedar produk beliau juga melebihi 2000 orang termasuk di Brunei dan Singapura. Rozita Ibrahim bukan sahaja mempromosikan produknya, malah beliau juga berkongsi pengalaman dengan masyarakat tentang pelbagai petua kecantikan, kebahagiaan rumah tangga, pantang larang, dan cara untuk membina keyakinan diri sebagai seorang wanita.
            Rozita Ibrahim sentiasa menyatakan faktor yang mendorong beliau mencapai kerjayanya adalah disebabkan anak-anaknya. Hal ini demikian kerana, beliau tidak mahu anak-anaknya hidup bersama dalam keadaan yang pahit. Beliau berazam dan berjanji kepada anak-anaknya untuk menjadi seorang ibu yang baik kerana kehidupan dahulunya yang kurang limpahan kasih saying.
            Pencapaian Rozita Ibrahim terkini ialah Sendayu Tinggi Enterprise telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini juga telah memperoleh lessen Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura, dan terbaru-baru ini di Jepun, China, Taiwan, dan Korea. Rozita Ibrahim sentiasa menyatakan jika ingin membuat sesuatu perniagaan, mesti ada matlamatnya kerana kemenangan adalah daripada matlamat. Beliau juga menyatakan harapannya ialah dapat mewarnai masyarakat, wanita, dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.



2.1 KRITERIA YANG PERLU ADA PADA SEORANG USAHAWAN

  1. Berani mengambil risiko
Wanita tabah ini sangat berani mengambil risiko terbuka dalam ingin mengubah kehidupannya yang sangat memeritkan selepas menghadapi pelbagai masalah dalam keluarga dan dipandang serong oleh masyarakat hanya kerana beliau seorang janda. Bagi Rozita Ibrahim, tanpa keperitan dan kepedihan sebelum ini, beliau pasti tidak akan berjaya seperti sekarang. Langkah berani yang telah beliau lakukan ialah apabila beliau sanggup menggadaikan barang kemasnya untuk dijadikan sebagai modal. Akhirnya, dengan bermodalkan wang sebanyak RM400, beliau memulakan perniagaannya dalam menghasilkan formulasi herba sendiri. Demi membuktikan keberkesanan produknya berjaya, beliau juga sanggup menggemukkan dirinya tiga kali. Beliau sanggup melakukan semua ini kerana beliau pernah berkata kepada dirinya sendiri “sampai bila saya harus begini? Walaupun saya tidak berpelajaran tinggi, tapi mengapa Lim Toh Gong boleh berjaya? Kenapa saya tidak boleh berjaya seperti beliau?”. Berkat keberanian beliau, produk Sendayu Tinggi kini telah menjadi rebutan dan sangat terkenal dalam kalangan wanita di Asia, terutama yang ingin menjaga kesihatan dalaman dan luaran wanita.
  1. Kebolehan menyelesaikan masalah
            Semasa menerajui tampuk kepimpinan bagi perniagaannya, seseorang usahawan dapat diibaratkan sedang berhadapan dengan medan peperangan yang tidak akan dapat  lari daripada menghadapi sebarang kesulitan, kepayahan dan kesengsaraan terutamanya dari aspek pengurusan kewangan, pemasaran, pengeluaran dan pengurusan pekerja dan organisasi keseluruhannya .
Cara untuk Rozita Ibrahim telah  menyelesaikan masalah terhadap produk yang dijualnya .Beliau sanggup menjadi bahan eksperimen. Jika kebanyakan produk menampilkan orang lain sebagai ‘testimoni, Rozita sebaliknya. Pengasas Sendayu Tinggi itu menjadi model produk keluarannya, itu pun setelah memastikan keberkesanannya menerusi pengalaman diri sendiri.
Apabila seorang pelanggannya telah mengemukakan kesan negatif  kepada produknya. Beliau tidak pernah berhenti menghasilkan yang terbaik. Rangkaian produk Sendayu Tinggi tidak terhad untuk kecantikan semata-mata. Bagi Rozita, cantik mesti seiring dengan sihat, justeru barisan produk Sendayu Tinggi mensasarkan kedua-duanya. Menariknya, biar pun telah ada rangkaian produk untuk mengatasi sesuatu masalah, Rozita tidak mahu berhenti setakat itu. Beliau sentiasa mahu penambahbaikan dan menjadikan penyelidikan sebagai asas kekuatan produk yang dihasilkannya .
            Hal ini, akan menjadi seorang pelanggan itu tidak meragui sesuatu produk yang dijualnya. Cara ini amat berkesan untuk menarik ramai pelanggan untuk mencapai keuntungan maksimum.

  1. Wawasan
Wawasan ditakrifkan sebagai suatu matlamat bagi mencapai cita-cita yang ingin di capai. Usahawan perlu mempunyai ciri wawasan yang jauh dan mewujudkan matlamat yang jelas dan boleh di ukur pencapaiannya. Sebagaimana saya memilih pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi iaitu Rozita Ibrahim sebagai seorang usahawan yang mempunyai ciri seorang yang berwawasan. Ciri wawasan dapat dibuktikan apabila beliau memartabatkan Sendayu Tinggi sebagai sebuah syarikat yang terbaik dalam menghasilkan produk kesihatan yang berkesan disokong dengan rancangan pemasaran dan kebajikan yang terbaik. Dengan produk bermutu sahaja dapat menjamin jualan jangka masa panjang dan perancangan menjadi nadi korporat dalam menjamin kejayaan. Sendayu Tinggi menjadi sebuah syarikat yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan profesional dalam menyediakan herba tradisional dan menepati cita rasa para pengguna yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dengan meneruskan perjuangan beliau di dalam pengeluaran tradisional, syarikat Sendayu Tinggi berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan dengan meningkatkan lagi keupayaan pengeluaran dan perancangan yang lebih dinamik. Contohnya, Rozita Ibrahim sentiasa berusaha untuk mengeluarkan produk kecantikan yang terkini yang lebih berkesan dan perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi cita rasa para pelanggan tempatan dan juga luar negara yang lebih meluas.
  1. Kegagalan merupakan satu pilihan
Dalam ingin bergelar usahawan yang berjaya, berhadapan dengan kegagalan merupakan satu pilihan. Sematan pepatah “Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat” telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Puan Rozita Ibrahim. Jika dahulu Puan Rozita hanya mampu menangis dan berdoa sedari fitrah semula jadi seorang wanita, beliau bangkit. Bermula kisah duka beliau apabila dikahwinkan pada usia belasan tahun lagi. Suaminya juga bukan berasal dari keluarga yang senang. Jodoh bersama suami pula tidak panjang di mana dia akhirnya bercerai pada usia yang muda. Beliau tidak mahu terus berada dalam sendu. Beliau berhijrah ke kota untuk memulakan hidup bersama anak-anaknya. Pengalaman bekerja dalam sektor perladangan telah memberi banyak pengajaran baru. Beliau telah berkenalan dengan pekerja asing dari Batak, Acheh, Pattani yang mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan. Beliau menyedari pekerja ini mempunyai tenaga yang banyak biarpun hanya mengalas perut dengan kuantiti yang sedikit. Ternyata dengan mengamalkan herba-herba dari hutan menjadikan mereka sihat biarpun tidak mendapat zat yang mencukupi. Beliau mengorak langkah dengan bekerja di Publishing Group dan menimba pengetahuan dari golongan atasan dan juga bawahan. Berbekalkan modal RM2000, beliau memulakan perniagaan produk kesihatan dengan menghasilkan formula baru. Bagi memastikan produk itu benar-benar berkesan, Puan Rozita sendiri menjalankan uji kaji terhadap dirinya sendiri. Setelah melalui pelbagai perit maung dan kegagalan kehidupan, pada tahun 1999 beliau telah berjaya membuka sebuah syarikat yang diberi nama Sendayu Tinggi. Bermula dari bawah, hari ini Puan Rozita Ibrahim boleh berbangga kerana nama Sendayu Tinggi antara jenama paling gah di Malaysia.
  1. Proaktif
            Selepas beberapa tahun terlibat dalam dunia perniagaan, Puan Rozita Ibrahim telah membuat keputusan untuk meluaskan pasarannya dimana Sendayu Tinggi Enterprise telah menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Dibawahnya terdapat sembilan  syarikat. Antaranya ialah Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan juga Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Sendayu Tinggi juga telah memiliki kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan telah memperoleh lesen Amalan Perkilangan Baik (GMP). Ia terletak di Pulau Indah, Selangor.
            Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. telah berjaya menembusi pasaran Watson’s Personal Care Stores (Malaysia) Sdn. Bhd menerusi produk herba, penjagaan kulit dan kosmetik di cawangan Watson’s seluruh negara. Menurut Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi iaitu Norhayati Kamarzaman, sendayu tinggi  akan memenuhi lebih 200 cawangan Watson’s di seluruh Malaysia dan akan memasarkan pelbagai jenis produk dari harga serendah RM13 hingga RM48. Mereka ingin meningkatkan jualan sendayu tinggi daripada 35% hingga 40% menjelang akhir tahun. Norhayati juga berkata mereka akan terus fokus kepada cawangan sendayu tinggi sendiri di mana pada masa sekarang, terdapat 33 cawangan di seluruh Malaysia dan mencatat jualan lebih kurang RM40,000 sebulan.
            Pihak mereka juga merancang untuk membuka 17 lagi cawangan sendayu tinggi untuk menjadikan jumlah keseluruhan 50 cawangan. Selain itu, pihak sendayu tinggi merancang untuk memperkenalkan antara 5 dan 10 produk makanan tambahan kesihatan herba dan kosmetik kepada pengguna produk sendayu tinggi. Malah, mereka berpuas hati dengan produk tersebut kerana harganya yang berpatutan dan produk yang di formulasi dan dikilangkan sendiri. Sikap Puan Rozita Ibrahim yang proaktif dalam meluaskan empayarnya telah menjadi salah satu kunci kejayaan beliau.

2.3 KESIMPULAN
Kesimpulannya, perjalanan hidup yang dilalui oleh Puan Rozita Ibrahim begitu sukar dan berliku. Sedari fitrah wanita yang lemah dan hanya mampu meratap menangis, beliau bangkit dan tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau berjaya membuktikan kesusahan bukanlah penghalang untuk seseorang mencapai kejayaan. Berbekalkan kudrat dan semangat yang tidak luntur, beliau berjaya melalui setiap bahagian hidupnya dan akhirnya menempa kejayaan. 

1 comment:

  1. merkur slot【Malaysia】best merkur slot【WG98.VIP】
    merkur slot【WG98.VIP】⚡,best merkur slot【Malaysia】best merkur slot,【WG98.VIP】⚡,best 인카지노 merkur 카지노 slot,nairal 메리트 카지노 주소 casino,best casino bonus,nairal casinos

    ReplyDelete